Saturday, February 6, 2010

Malaysian Food Festival,realiti atau ilusi?

Tahun lalu,pernah sekali bazaar tertutup dianjurkan di Zagazig oleh dewan mahasiswa.Aku mula berfikiran jauh,alangkah bagusnya suatu hari nanti akan diadakan sebuah bazaar yang bertaraf festival.Apabila sebut sahaja perkataan festival,sudah tentu tergambar dalam benak sanubari kita,sebuah pameran jualan yang bertaraf 4 atau 5 bintang yang turut dikunjungi orang-orang kenamaan lengkap dengan majlis perasmian penutup,pelbagai aktiviti,persembahan,lebih dari 100 gerai,pertandingan dan cabutan bertuah.





Namun,bukan itu yang aku maksudkan.Mungkin terlalu optimis dan berkhayal untuk sebuah festival yang betul-betul memberi nilai prestij yang tinggi.Tetapi,aku tetap mengimpikan festival berprestig itu akan diadakan suatu hari nanti.Apa yang aku maksudkan,sebuah mini festival tertutup yang diadakan dalam lingkungan fakulti.





Banyak objektif sebenarnya.Objektif utama adalah untuk memperkenalkan budaya dan makanan Malaysia kepada warga fakulti perubatan.Para pengungjung mestilah terdiri daripada professor,doktor,warga kerja,kaki tangan serta mahasiswa/i fakulti.Selain dapat memberikan suatu pengalaman baru kepada kita semua dalam mengurus sesuatu program yang bertaraf festival,sudah tentu mini festival ini adalah satu medium atau peluang yang baik untuk memperkenalkan kepada orang-orang arab Mesir apakah itu Malaysia.Mungkin ada segelintir mereka masih tidak mengenal Malaysia,malah mungkin ada yang tidak tahu lokasi Malaysia di peta dunia.



Malaysia amat kaya dengan pelbagai jenis makanan.Sebut sahaja satay,dari jarak 50 meter baunya sungguh menyelerakan.Penggunaan serai,halia,kicap,bawang putih,tumisan,rempah ratus,lada sulah,lada hitam yang menyebabkan makanan asia lebih ada rasa.Kuih-muih serta manisan yang beraneka jenis dengan pelbagai rupa,warna dan bentuk pasti memikat para pengunjung.



Mungkin orang-orang arab Mesir belom tahu fakta tentang bahasa Malaysia.Lebih dari 2000 perkataan dalam bahasa Melayu adalah bahasa Arab.Contoh mudah:badan,sabar,jasmani,roh,ilmu,arif.Banyaklah jika dihitung satu persatu.Kebudayaan dan adat istiadat orang Melayu jga harus diperkenalkan.Cara kita menyambut sesuatu perayaan,contohnya,Hari Raya,makanan di pagi raya,biskut-biskut dan kuih muih.Selain memperagakan baju-baju orang-orang melayu.Mungkin juga para petugas festival perlu memakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.Dan kita sebagai orang Malaysia yang berada di tempat asing,haruslah menunjukkan etika-etika dan adab-adab yang sopan di tempat awam.Bak kata pepatah "kerana nila setitik,rosak susu sebelanga".Selaras dengan konsep rukun negara,peruntukan undang-undang,akta-akta dan perlembagaan persekutuan Malaysia.


Tempat-tempat menarik dan pusat-pusat pelancongan di Malaysia juga mungkin boleh dipamerkan melalui skrin besar LCD.Tanah tinggi Cameroon yang mengekalkan suhu 18 celcius dengan penanaman teh,strawberi;Taman-taman Negara,hutan lipur,air terjun,pulau-pulau,pantai-pantai serta keindahaan bandaraya-bandaraya besar seperti Kuala Lumpur yang menyaksikan banyak pembangunan dan pencapaian diperingkat antarabangsa,misalnya menara berkembar petronas,menara berkembar tertinggi di dunia.

Kholasatul Qoul,keikhlasan dalam sesuatu perkara adalah amat mustahak.Cinta akan tanah air,cinta akan agama.Semangat patriotik dan bersama-sama menjaga kesucian agama.


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]