Monday, July 25, 2011

AGAIN,pulang ke malaysia tanpa result...

doakan keselamatan dan kesejahteraan sejagat...

Saturday, February 12, 2011

rusuhan di Mesir dan OPS PIRAMID- pengalamanku dari Zagazig

AMARAN:

tarikh,masa,waktu dan hari tidak dinyatakan secara khusus dan mungkin sedikit ralat*

bahasa penulisan yang digunakan adalah bahasa pasar,maaf*

kesalahan ejaan harap dimaafkan!!!

sebarang kekeliruan,pertanyaan,bantahan atau sokongan bolehlah komen dibawah.

sebarang percanggahan maklumat mungkin boleh berlaku kerana cerita ini 100% berdasarkan pengalaman sebenarnya saya.

tiada gambar disertakan sebagai bukti kerana saya hanya menggunakan handphone tanpa camera.

banyak lagi pengalaman2 yg tidak diceritakan,cukuplah sekadar perkongsian kerana sudah menjadi lumrah manusia untuk bercerita pengalaman masing.






26/26 januari 2011-seperti biasa,selepas pulang dari kuliah aku terus singgah di CC dihadapan rumahku untuk melayari internet kerana rumahku tiada internet.aku terbaca berita harian online yang bertajuk rusuhan di Kaherah.aku fikir itu mungkin hanya rusuhan kecil-kecilan dan biasa sahaja,keadaan di zagazig pun seperti biasa semua normal tiada perubahan.tak terlintas sedikit pun difikiranku akan berlaku sesuatu yang lebih besar.lagipun bukan tugas pelajar untuk mengkaji keadaan politik sesebuah negara asing itu melainkan "diberitahu" sebarang kemungkinan.tapi dalam berita TV mesir sudah kecoh pasal rusuhan.





28januari 2011-hari ini adalah hari sabtu,besok bermulalah cuti musim sejuk 2 minggu di mesir.tapi semua sibuk untuk stdy,13februari nanti exam midterm mula.hari ini di Zagazig ada program sukan.semasa aku menghantar jualan makanan untuk program itu bersama kawanku,aku melihat banyak kereta kebal dan askar di jalan raya."pertunjukan apakah ini penuh dengan kereta kebal".malam itu kawan aku keluar rumah dan beritahu dia terkena gas pemedih mata.





29januari 2011-malam itu,aku mahu keluar rumah untuk beli barang2,pelik bila pintu pagar rumahku ditutup rapat.aku keluar rumah,agak pelik hairan dan terkejut,tapi perasaan ingin tahu,keadaan agak muram dan gelap gelita,semua kedai tutup.ramai orang2 arab berkumpul sambil memegang kayu panjang kehulu kehilir sampai ketawa.aku cuba untuk melangkah lebih jauh,perasaan ingin tahu.tapi,aku terus patah balik masuk dalam rumah.aku mula merasakan mesir,khususnya zagazig sudah ada "lain macam".





30januari 2011-pagi2 lagi aku keluar rumah,hendak melihat keadaan,terkejut bila lihat dinding kaca kedai baju ada yang pecah,batu2 sekatan di atas jalan,dan ada road-block oleh orang rusuhan menghalang laluan ke mawaf mansoura.banyak kereta terpaksa patah balik.aku tidak berapa pasti,rasanya sudah dua tiga hari line internet sudah tidak ada di mesir.susah untuk berhubung,tak tahu apakah sebenarnya yang berlaku.sudah dua hari SMS yang aku hantar ke keluarga di malaysia tidak dibalas.seolah sudah terputus connection.terpaksalah call family guna tepon bimbit.satu minit 5 pounds lebih kot.so,suruh family call balik.rupanya2,family semua kat malaysia dah kecoh pasal rusuhan di mesir.semua runsing.perintah berkurung dari kul 4 petang sampai kul 8 pagi.rumah tiada internet,pastu kene pula berkurung.





31januari 2011-aku call family,kredit handphone dah abis.line internet disekat.topup dah tak jual kat kedai.aku cuba tenangkan family di malaysia,aku cakap keadaan di zagazig masih ok.family kat malaysia dah risau sangat.family call,pesan jangan keluar rumah dan beli makanan banyak simpan.





1februari 2011-hari ini dikatakan perintah berkurung 24jam.pintu pagar rumahku dikunci oleh orang arab.jiwa aku sudah agak kacau.nasib baik beli makanan banyak2 semalam.perasaan ingin balik malaysia membuak2.aku hanya mendapat informasi dari family sahaja.family cakap kerajaan akan hantar kapal TLDM pergi ke arab saudi.aku menunggu dan terus berharap.sampai saat ini masih tiada arahan dari pihak kedutaan untuk bertindak apa2.sekurang-kurangnya,pelajar2 harus diberi panduan seperti sediakan passport,pakaian,dokumen2 dan duit untuk menghadapi sebarang kemungkinan,ini tidak,tidak ada sebarang arahan untuk itu.aku tak tahu apa yg berlaku diluar.24jam berkurunglah katakan.memang runsing sangat2.aku tak pasti pula rakan2ku yang lain.





2februari 2011-masih tertunggu dan tertanya2.masih tiada arahan dari mana2 pihak untuk prepare passport n barang untuk tujuan sebarang perpindahan.ada yang kata tak jadi evakuasi,ada kata hantar ke syria,ke libya,ke saudi.,mana satu entah.masih berada dalam rumah.11 pagi,keluar rumah dengan kawan serumah,pergi bank untuk keluar duit.ATM semua tutup,bank2 semua tutup.jalan sekat ngan kete kebal.aku agak lupa apa yang berlaku 2 februari ini.tiada catatan dibuat.





3februari 2011-cuba hitung brapa hari sudah darurat(hampir seminggu),tetapi masih tiada apa2 arahan dari mana2 pihak untuk bertindak apa2.jam 8.30 pagi,aku mendapat panggilan dari pengerusi DPMZ,prepare segala barang2 penting,arahan dari kedutaan untuk berpindah ke kaherah.gembira tak terkata,akhirya ada kedengaran juga arahan itu.selepas itu,timbalan pengerusi DPMZ pula beritahu perkara yang sama kepadaku.aku terus bersiap2.sememangnya dah siap pun,tunggu nak berangkat jer.semangat sungguh,apa tidaknya.hidup seperti dikurung.


kul 3 petang kami berkumpul di salam sidnawi(tempat biasa pelajar2 berkumpul di zagazig).tunggu bas2 dari kedutaan.kul 5.30 petang baru bas datang.naik dan terus bertolak.sepatutnya perjalanan dari zagazig ke cairo 1 setengah jam saja,ini jadi hampir 5 jam perjalanan dengan bas aircond rosak,panas pula tu.lebih kurang 20 kali road-block oleh askar kereta kebal(banyak pula kereta kebal diorang ni),askar dengan senapangnya,masuk dalam bas dan cek passport student seorang demi seorang di setiap road-block.itu yang jadi lama.hampir kul 11 malam baru sampai di Malaysian Hall Abassiah Cairo.bila sahaja sampai dengan lapar dahaga dan keletihan,terus kene beratur diberi taklimat dan beratur lagi untuk mendaftar(sebenarnya sistem tu boleh jer dipermudahkan).beratur lagi untuk membeli makanan,harga 7.50 egyption pounds.air teh 1 pound.terus ke bilik dan tidur pada jam 3 pagi.lansung tidak tahu sebenarnya akan dibawa ke sini dan akan menginap disini,so,sabun mandi,ubat gigi,tuala pakaian lebih pun tak bawa,ingatkan terus ke cairo airport dan terus ke malaysia(alangkah senang hidup kalau terus ke cairo ambik flight trus ke malaysia).pada malam itu,student cairo mula berangkat ke cairo airport untuk ke jeddah.





4february 2011(jumaat)-sampai pukul 11 pagi pun masih ada student cairo yang masih belom betolak ke cairo airport.katanya flight rosak,bas tak sampai,macam2lah.aku masih menunggu bilakah giliran dari zagazig pula akan ke cairo airport.breakfast belom lagi.sangat2 lapar dan dahaga sebenarnya.jadi,makanlah sedikit biskut yang dibawa dari zagazig.aku dengan kawan aku keluar sekejap ke kedai berhampiran,beli air mineral,beli mee segera beli biskut.tengah hari lepas solat jumaat,barulah restoren di malaysia hall tu beroperasi,dapat juga makan nasi lauk ayam yang berharga 9 pounds.malam itu,student dari tanta tiba di malaysia hall.rasanya 700 orang bilangannya berbangding student dari zagazig 400 lebih.malam itu kami student zagazig berkumpul untuk mendapatkan nombor masing2 selepas mandapatkan nombor beratur lagi untuk mendapatkan makanan dan kali ini tak perlu bayar(free).





5februari 2011(sabtu)-kami diberi arahan untuk berkumpul untuk bertolak ke Cairo Airport.jam 9 pagi kami menaiki bas bertolak ke cairo international airport.nasib baik berada di barisan tengah,kalau berada di barisan belakang,belom tentu dapat bertolak pagi itu.sejam perjalanan ke cairo airport.kami semua berkumpul dalam sebuah khemah yang besar di perkarangan airport.menunggu dari pukul 11 pagi sampai 6 petang barulah namaku dan kawan2 ku dipanggil beratur.nama pula dipanggil tanpa guna microphone,tak letihkah pakcik itu.beratur masuk dalam balai berlepas.ingatkan naik MAS or Air Asia,rupanya naik Charlie Royal Malaysian Air Force.maaf yer kalau aku cakap,secara jujur,macam mana yer nak gambarkan perasaan naik peti besi terbang tu.bagi aku,cukuplah sekali seumur hidup.sapa nak cuba baik tak payah.kenapa boleh terfikir angkut dengan mende tu.dah la kene duduk bersila 200 org kot himpit macam sardin,tak der tingkap untuk bernafas,panas,dengan bunyi kipas enjin bising rasa nak pecah gendang telinga,hampir 4 jam pula.nasib baik bagi makanan.sampai di King Abdul Aziz International Aiport,Jeddah dalam pukul 12malam(tidak pasti) yang pasti pukul 1 pagi waktu Jeddah memang sudah tiba di balai ketibaan airport jeddah.bayangkan dari pukul 1 pagi sampai pukul 5 pagi menunggu untuk mendapatkan cop visa,tapi oklah makanan dan air disediakan.lebih kurang jam 5 aku mendapat cop visa dan terus keluar dari balai berlepas untuk menaiki bas ke asrama tabung haji jeddah.waktu ini pun masih ramai lagi rakan2 aku yang belom mendapatkan cop visa,bersabar yaaa.....



6februari 2011-dalam perjalanan ke asrama tabung haji Jeddah,sempat melihat pemandangan di Jeddah,pembangunan yang terancang dan rasa macam tenang,tak seserabut bila berada di mesir.6.30 pagi sampai di asrama tabung haji jeddah,terus letak beg di dataran dan terus ke surau untuk solat subuh.selepas daftar,aku tertanya2 dimanakah tempat tidurku untuk aku tidur seminit pun jadilah.hampir masuk tengahhari barulah kelihatan pelajar zagazig masuk ke dalam dewan(kata kawanku,tempat itu sebenarnya tempat simpanan beg orang pergi menunaikan haji)..keadaan dewan itu agak panas dan bau kasut tidak sesuai untuk dijadikan tempat tidur bagiku.selepas itu barulah dipindahkan ke dewan yang agak jauh dari bilik operasi dan sekiranya suatu pengunguman dibuat tidak akan dengar.buktinya,ada kawanku juga dari zagazig ketinggalan untuk menyerahkan passport menyebabkan mendapat angka giliran yang ke 5000.aku pula mendapat angka giliran ke 3958.sudah tentu kami akan lewat sedikit mendapat pusingan untuk pulang ke Malaysia.ramai juga hari ini yang terpaksa beli tiket sendiri untuk pulang ke malaysia kerana ada yang tidak tidur sejak dari semalam.aku masih cuba bersabar dan bertahan.



7februari 2011-aku sebenarnya tidak tahu pun akan lama di jeddah.pakaian seluar baju pula hanya dua pasang.nasib baik makanan,air,sabun,shampoo,sabun basuh,tuala disediakan.terima kasih kepada pihak pengurusan tabung haji kerana membekalkan barang2 itu.semalam aku tidur dalam dewan dan malam ini aku tidur dalam surau.itu pun tidur sejam dua.itupun cukup baik.dapat juga berehat.sungguh aku berasa sangat tidak sihat,mungkin orang lain ada lagi yang tidak sihat.bermula semalam kalau tidak silap penerbangan pertama sudah berangkat ke malaysia.hari ini ada dua penerbangan.itu pun masih ada kanak2 kecil,dan ada yang terpaksa tidur di kaki lima bersama keluarga.kenapakah mereka tidak didahulukan penerbangan.dalam senarai penerbangan hari ini,aku lihat ada senarai VIP.apakah yang dimaksudkan dengan VIP?pada pendapatku, VIP ni ada duit,beli la sendiri tiket untuk pulang ke malaysia,di airport jeddah bukan seperti airport cairo,banyak jer tiket online dibilik operasi,beri peluang kepada student yang sakit dan tiada kewangan.alhamdulilah,tanpa perlu aku cerita keadaanku di sini,keluarga di malaysia sudah memahami keadaanku di sini.hari ini aku buat2 sibuk,masuk keluar dalam bilik operasi,tanya bilakah giliran aku tiba,besok lusa belom tentu.memandangkan aku tidak brapa sihat,aku buat keputusan untuk membeli tiket untuk pulang ke malaysia(terima kasih sebab keluarga begitu memahami).malam itu aku dibawa oleh wakil tabung haji untuk mengeluarkan duit di bank,sememangnya kami tidak boleh keluar lansung dari asrama tabung haji melainkan ada orang yang membawa kami itupun terhad kepada tempat2 penting seperti bank dan airport sahaja.tapi aku begitu selesa dan senang dengan keramahan dan pertolongan semua pekerja pegawai dalam bilik operasi dan bilik gerakan tabung haji.terima kasih.terima kasih.terima kasih



8februari 2011-Rm 1400 telah aku keluarkan semalam untuk membeli tiket dari agen yang berada dalam bilik operasi,seawal jam 9 pagi lagi aku sudah tunggu di bilik operasi.pukul 10.30pagi barulah agen yang menjual tiket sampai di bilik operasi.aku terus membeli tiket pada jam 11 pagi,jam 11.30 bas sudah menunggu kami untuk ke airport,agak sedikit kelam kabut.terima kasih sekali lagi kepada pihak bilik operasi di Jeddah,kami begitu selesa berurusan.perjalanan dari asrama tabung haji ke King abdul Aziz International Airport Jeddah mengambil masa sejam.cuaca begitu panas di Jeddah,tidak seperti mesir cuaca agak dingin.jam 4 petang kami akan boarding,lebih kurang 20 orang balik bersamaku melalui Etihad Airways.kami akan transit selama 6 jam di Abu Dhabi International Airport,United Arab Emirates dan akan bertolak ke KLIA.sudah tentu kepenatan yang amat sangat.aku kerap tidur dalam penerbangan,keletihan dan sangat mengantuk.



9februari 2011-jam 2 petang,aku tiba di KLIA,kelihatan Kak long,abang long dan abang kie.aku terus memeluk mereka.syukur,selamat sampai di tanah airku yang tercinta.terima kasih kepada keluarga yang tidak putus berhubung dengan ku melalui telefon dari zagazig ke jeddah dari jeddah sehinggalah ke malaysia.aku berbual2 dan bercerita sedikit sebanyak pengalamanku kepada abvang kie dan kak long,selepas makan nasi ayam,aku terus solat dan check-in untuk penerbangan MAS ke kota bharu.jam 5 petang,aku masuk ke balai berlepas.penerbangan ke kota bharu ditunda selama sejam.jam 7.30 malam bertolak ke kota bharu.jam 8.30 malam aku selamat tiba di Sultan Ismail Petra Aiport,kota bharu.aku terus memeluk abah dan mama.sungguh aku letih,sungguh aku tidak sihat,sungguh aku ingin berterima kasih kepada keluarga yang tidak putus menghubungiku sepanjang darurat di mesir dan proses evakuasi dari cairo-jeddah-malaysia.



12februari 2011-dalam berita malaysia,hosni mubarak sudah berundur dan meletakan jawatan.sekarang Majlis Angkatan tinggi Tentera mengambil pemerintahan.seluruh rakyat mesir berpesta di atas kejayaan mereka.tapi bagi aku,siapa pula bakal menjadi presiden mesir nanti?stabilkan politik mesir sekarang?selamatkan untuk kami pulang dalam tempoh terdekat?banduan2 yang terlepas tempoh hari sudah tertangapkah semula?aku senantiasa berdoa agar rakyat mesir akan mendapat pemimpin yang benar2 mengaplikasikan Islam dalam pentadbiran kerana tanpa Islam,selagi itulah rahsuah berleluasa,tanpa islam selagi itulah ketirisan dan kebocoran dalam pentadbiran berlaku,tanpa Islam,selagi itulah maksiat bermaharajarela,tanpa islam,selagi itulah manusia tidak sedar dunia ini hanya sementara.dan apabila diri itu sakit,barulah manusia mula mengerti erti kehidupan dan erti hidup ini adalah suatu persinggahan yang amat sementara.dan ingatlah,dalam kesusahan pasti ada kesenangan dan semua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.dan saya amat berharap kepada kerajaan malaysia,semua kementerian,penaja JPA MARA,majlis perubatan malaysia untuk memikirkan sesuatu hal.

Wednesday, September 22, 2010

tak tahu nak tulis apa...

semoga Allah senantiasa melindungi dan mempermudahkan segala urusan kita semua...

Monday, August 23, 2010

selamat menyambut bulan romadon...

bye2 semua!!!!...daaaaaaa...sussshhhh sussshhh!!!

Friday, August 13, 2010

bazaar romadon....

hmmmmmm.......betapa nikmat hidup makan di malaysia.....macam3 adoooo....

Tuesday, July 27, 2010

doakan kesejahteraan kami...

Qatar Airways

Cairo-Doha-KL-KB

Thursday, June 24, 2010

kenapa muka mesti ada jerawat?

bila muka berminyak ada jerawat la......mcm mana nak hilangkan minyak?hmmm......

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]