Monday, December 14, 2009

buka akaun BANK(news post)

wahh,sungguh penat rasanya.hari ni baru dapat borang medical checkup JPA.hari Rabu ni plan nak gi Cairo,nak gi kedutaan malaysia,tapi,terpaksa cancel kot sebab rabu ini pukul 9 pagi nak buat medical checkup(ketua kelas group B yg cakap).

Hari Khamis lepas aku ngan kawan2 yg lain pergi ke Cairo.Lepas sajer abis biochemistry lab,terus bertolak.sampai jer Cairo,terus kami berjalan menuju ke HSBC bank di abbas.
malangnya,kami tak dapat buka akaun bank waktu tu sebab tak cukup dokumen.

BERIKUT ADALAH SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK BUKA AKAUN DI HSBC,cairo:

1. salinan passport,visa
2.salinan tasdiq
3.surat untuk buka akaun dari kedutaan malaysia(sangat penting)
4.salinan perjanjian contract sewa rumah di mesir berserta salinan bil elektrik selama 3 bulan

p/s:sekiranya tiada senarai dokumen di atas,kita perlu ada at least 5000le bersamaan RM 3000 untuk buka akaun tu.kalau ada lebih dari 5000le sekalipun,perlu juga sediakan senarai dokumen di atas sebagai langkah berjaga2.

huh,aku terus contact encik hazam,Pegawai JPA mesir,dier cakap,biasa budak2 JPA buka akaun di National Bank of Egypt.kalau National Bank of Egypt memang ada di zagazig,senang citer la.then kawan aku ada cakap gak,ada budak yg buka akaun bank kat CIB.pegawai jpa tak der plak cakap pasal CIB.

so,hari nih,aku telah pergi ke National Bank of Egypt dan bank CIB kat muhafazah(jalan nak ke mahattah),zagazig.
mula2 aku gi ke National Bank of Egypt,kakak yang kerje tu pandai speaking,tapi pegawai laki yg sorang tu,tak leh cakap english..aduihhhh.
tapi nasib baik ada kakak tu.
kakak bank tu cakap,kalau nak buka personal akaun kene cukup umur,kene umur 20/21 tahun ke atas.aku plak umur 19.tapi pegawai tu tepon ke pihak atasan,dier tengok tasdiq aku.dier cakap ok,boleh buka.so,aku cakap aku akan datang kemudian.

BERIKOT ADALAH SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK BUKA AKAUN BANK DI NATIONAL BANK OF EGYPT,ZAGAZIG:

1-tasdiq(bawa yg asal n copy)
2-passport,visa(bawa yang asal,copy)
3-perlu ada lebih kurang 1000 egyption pounds(1000 le) lebih.

then aku pergi ke CIB,bersebelahan jer.tanya mcm mana nak buka akaun.

BERIKOT ADALAH SENARAI DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK BUKA AKAUN BANK DI CIB BANK:

1-passport dan visa(Validiti visa hendaklah lebih dari 6 bulan)
2-tasdiq(tidak penting)
3-wang deposit 1000USD.

p/s:kalau CIB cairo maybe hanya 12USD

so,nak tanya kengkawan lah dulu,diorang nak buat bank mana,kalau boleh,biar sama,senang urusan nanti.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]