Thursday, February 4, 2010

kita dan Blog

Pada awal tahun 2008,waktu pagi,aku duduk di depan televisyen sambil makan roti goreng yang aku sediakan sendiri,khusyuk aku menonton sebuah rancangan televisyen yang bertajuk:cara-cara membuat blog.Dan pada waktu itu aku rasa,masih ramai orang yang tidak tahu apakah blog.Buktinya,waktu rancangan itu bersiaran,ada orang membuat panggilan telefon lalu bertanya "kalau saya nak buat blog,kena pasang internet kah?".Lucu aku mendengarnya,walaupun aku sendiri kurang faham apa itu blog saat itu.Aku masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh orang yang memberi penerangan tentang cara-cara membuat blog " Nak buat blog senang saja,anak saya yang kecil di rumah pun sudah memiliki blog sendiri.Kelebihannya,sekarang anak-anak sudah tidak menyimpan maklumat dalam diari,tapi meluahkan kepada dunia."



Meluahkan kepada dunia.Itu sungguh menarik.Terbayang di kotak mindaku tentang frasa dunia tanpa sempadan.Waktu itu,aku sudah terfikir baik dan buruk natijah dari penggunaan blog ini.Semua orang memang tidak boleh menafikan keuntungan,manfaat dan kebaikan yang diperoleh dari blog.



Hari bersilih ganti,malam berganti hari,penggunaan blog sudah meluas,dari anak kecil sehinggalah orang-orang tua.Manusia masing-masing mula kreatif dalam berkarya serta berani menulis dan bercerita.Seolah-olah konsep demokrasi disinonimkan dengan dunia tanpa sempadan.Aku amat bersetuju dan akan senantiasa menyokong tanpa henti blog-blog yang membawa unsur-unsur kekeluargaan,kemasyarakatan,keinsafaan,kesedaran,moral dan agama.
Blog-blog yang membawa unsur-unsur positif dalam kalangan masyarakat amatlah perlu diberi perhatian dan galakan sihat.



Namum hakikatnya,bukan semua manusia ada rasa tanggungjawab.Blog yang mengandungi elemen-elemen kekeliruan,permusuhan,fitnah,buruk sangka,maksiat,perpecahan serta provokasi harus diambil perhatian khusus.Segelintir manusia ini seolah-olah membelakangkan undang-undang.Sikap serius kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia telah dizahirkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Peruntukan undang-undang ini merupakan usaha campur tangan kerajaan dalam mengawal gejala-gejala tidak sihat dalam dunia internet.Langkah-langkah ini harus dipuji.



Mutakhir ini,lebih ramai wartawan dari wartawan,lebih ramai pemberita dari pemberita,lebih ramai novalis dari novelis dari novelis.Dunia dihujung jari.Hanya tinggal taip sahaja,dan tekan satu butang khusus,segala apa yang ingin disampaikan akan terus tersebar ke seluruh dunia.Setiap manusia perlu ada keikhlasan dalam sesuatu penulisan.Sekiranya ingin menulis hanya untuk kepentingan diri,atau ingin meluahkan apa yang terpendam sehinggakan orang lain menjadi korban ini adalah sesuatu yang amat tidak molek.Malah dewasa ini,ada yang sanggup menghina orang lain,mengkritik tanpa asas,menuduh tanpa bukti,tak kurang juga ada yang cuba ingin memperbetulkan yang lain,tapi yang lain menjadi mangsa.Pada hemat saya,cara ini tidak betol dan telah melanggar etika,peraturan,norma-norma masyarakat serta undang-undang malah tidak menghormati Rukun Negara Ke-5:Kesopanan dan Kesusilaan.Ajaran Islam juga amat menitikberatkan kesejahteraan dan keamanan sejagat.Segala kacau-bilau yang sengaja dicipta adalah perkara yang biadap dan tidak bertamadun serta bertentangan dengan naluri waras dan akal sihat.

Menulis blog dalam keadaan emosi yang tidak stabil itu kurang ideal.Sekarang dunia mudah memerhatikan kita.Kita seharusnya menjaga air muka kita,menjaga air muka sahabat-sahabat kita,menjaga hak kita,menjaga hak orang lain,hidup nasihat-menasihati dengan penuh berhikmah mengikut cara-cara yang ditetapkan agama.Jika dihayati etika-etika berperang dalam Islam yang telah diajar Rasulullah,umat Islam ketika berperang dilarang keras merosakkan rumah-rumah ibadat orang bukan islam,merosakan tumbuh-tumbuhan,tidak membunuh orang tua,wanita dan kanak-kanak dan peperangan harus diakhiri dengan pendamaian sekiranya pihak musuh inginkan sedemikian.Sudah cukup jelas,Islam amat menitikberatkan perpaduan,keamanaan dan keharmonian.Seharusnya kita sedar dan membuka mata,ajaran Islam memang indah dan kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk mengzahirkan keindahan itu.Jangan disebabkan beremosi dan melayan peribadi amarah dalam blog,kita menjadi tidak tentu arah,malah ada yang terpaksa berdepan dengan undang-undang dan makkamah.Ini adalah sesuatu yang memalukan.

Konklusinya,manfaat blog banyak tak terbilang.Mudah untuk seseorang menyampaikan sesuatu dengan cepat.Bersama-samalah kita memerangi gejala-gejala yang tidak sihat dalam dunia blog agar manfaat dan faedah blog ini tidak bertukar menjadi lembah kejahatan dan perpecahan.

Comments:
betul tu yu, dgn blog ni kita trasa dekat w.pn jarak brribu batu...
brkongsi kisah suka n duka kita...
mendekatkn jarak n prsaudaraan antara kita setiap waktu...
mengubat rindu pd yg jauh....
Trlalu menghargai kecanggih alam maya ini....
 
betol tu...
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]