Tuesday, June 16, 2009

Misteri Pesawat Hilang,menjadi igaun...






1947 - Star Dust, pesawat milik penerbangan British South American hilang ketika terbang antara Buenos Aires, Argentina dan Santiago, Chile melalui Mendoza. Bangkai pesawat tidak pernah ditemui lebih 50 tahun, mencetuskan teori konspirasi dan sabotaj serta penculikan oleh makhluk asing. Bagaimanapun enjin Rolls Royce pesawat itu bersama sembilan daripada 11 mayat mangsa ditemui di kawasan glasier di banjaran Andes.


1948 - Pesawat NC16002 milik syarikat Airborne Transporter DC-3 dari San Juan, Puerto Rico sedang menghampiri Miami, Florida, apabila ia tiba-tiba hilang bersama 29 penumpang dan tiga anak kapal. Punca kehilangan tidak diketahui dan pesawat itu juga tidak pernah ditemui. Kehilangannya bagaimanapun dikaitkan dengan fenomena Bermuda Triangle.


1972 - Sebuah pesawat Uruguay membawa 40 penumpang dan lima anak kapal hilang ketika menyeberangi banjaran Andes. Tujuh puluh dua hari kemudian selepas semua penumpang dipercayai terbunuh, 16 daripada mangsa yang masih hidup berjaya ditemui. Kisah mangsa terpaksa memakan daging mayat penumpang yang mati bagi mengelak kebuluran dijadikan kisah filem berjudul Alive pada 1993.


1996 - Penerbangan TWA dari New York gagal dikesan sejurus berlepas. Tiada amaran diberikan mengenai pesawat yang terhempas itu tetapi saksi berkata mereka melihat bebola api besar di lokasi kejadian. Semua 230 penumpang terkorban.


1996 - Pesawat Mesir Flight 990 dari New York ke Kaherah menjunam ke Lautan Atlantik 96 kilometer dari pantai Amerika. Semua 217 penumpang terbunuh, tetapi punca pesawat terhempas itu masih misteri. Juruterbang pesawat itu dirakam berkata berulang kali ‘saya berserah kepada Tuhan’ sebelum terhempas. Siasatan membuat kesimpulan beliau bukan punca nahas pesawat itu.


2007 - Pesawat milik syarikat Adam Air Penerbangan 574 yang dalam penerbangan ke Manado dari Surabaya hilang di pesisir pantai barat. Walaupun kotak hitam pesawat berjaya ditemui, mayat 102 penumpang pesawat gagal dikesan.

Comments:
KO NIH....TIME2 NAK BALIKLAH NAK POST PASAL KPL TOBANG...aku balik ikut jalan laut lah...
cancel tiket...he3....
 
ahahaha...bukan apa,tak kira apa kenderaan sekalipun kereta apa ker,bas ker,kapal ker,basikal ker,motor ker,kereta lembu ker,semua ada risiko...kita doa jer lah,biar selamat tiba di malaysia!!!
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]