Friday, May 15, 2009

SElamat HAri Guru.(Guru Pembina Negara Bangsa)

tanggal 16 mei adalah suatu tanggal keramat.16 mei adalah tarikh yang cukup bermakna untuk seorang insan yang bergelar seorang guru atau seorang pendidik tidak kiralah sama ada di sekolah tadika,di sekolah rendah dan menengah mahupun di kolej dan universiti.

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia.

selamat hari guru juga kepada:
Tuan Haji Ustaz Abdullah Yusuff(ayah saya)
Ustaz Haji Hazli(abang ipar sulong saya)
Cikgu Puan Zalina(kakak sulong saya)
Cikgu Mahmood(abang ipar kedua saya)
Cikgu Puan Nor Zakiah(kakak saya yang ke dua)
Cikgu Puan Johasnizal(kakak ipar saya yang ke dua)
Puan Rohaita(kakak ipar saya yang ketiga)
Cikgu Puan Norhayati Munirah(kakak saya yg ke tiga)

selamat hari guru.jasa-jasa guru amaatlah besar sekali.

MANSuhkan PPSMI,One malaysia...

"Guru Pembina Negara Bangsa".itulah tema keramat bagi sambutan hari guru pada tahun ini.tema pendek ini hanya akan menjadi sia-sia sekiranya tidak dihayati oleh masyarakat umum.tema yang ringkas tetapi membawa sejuta tafsiran dan jika mahu diulas tentang tema ini sudah tentu memakan masa yang panjang.tujuan saya menaip pena di sini bukanlah untuk bermadah tetapi mahu berkongsi pendapat tentang istilah negara bangsa.

Negara malaysia sungguh unik kerana mempunyai pelbagai kaum dan etnik.sudah tentu menjadi cabaran buat pemimpin negara kita tercinta.sudah tentu bukan mudah untuk merealisasikan slogan baru yang dibawa oleh PM tercinta kita "One Malaysia".

dalam pelaksanaan program atau apa-apa sahaja untuk menyatukan dan mengukuhkan negara bangsa ini,seharusnya kita bertanya kepada diri sendiri,apakah cara yang paling baik,berkesan dan berwibawa yang boleh menyatukan semua kaum dan etnik di malaysia?
saya jawab "bahasa,bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu atau bahasa Malaysia"
saya ingin tekankan di sini bahawa,hanya bahasa malaysia(bahasa melayu) yang boleh menyatukan rakyat malaysia pada asasnya.adakah saudara saudari tahu dan sedar apakah peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)???peranan DBP adalah untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia.

Sasterawan Negara,Dato' A Samad Said merupakan tokoh sastera yang hebat dan disegani di malaysia.semasa saya di tingkatan satu,saya ada belajar sebuah cerita pendek dalam sastera inggeris yang bertajuk "the pencil" karya A samad Said.karya itu sungguh bagus dan amat memahami isi seorang pelajar.imaginasi A samad Said sungguh dalam sehingga cerita pendek itu berjaya menggambarkan suasana sebenar di zaman sekolah rendah.
Sehingga sekarang,Samad Said masih memperjuangkan bahasa ibunda tercinta,bahasa melayu.beliau sekarang menyertai dan bergerak aktif dalam gerakan pemansuhkan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris(PPSMI).beliau sanggup memulangkan balik gelaran sasterawan negara demi memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia selaras dengan slogan "One Malaysia".

bahasa melayu harus dijadikan bahasa ilmu yang utama.fizik,kimia,biologi,sains tulen,matematik moden,matematik tambahan kesemua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris di sekolah.
sebagai contoh.saya telah menduduki peperiksaan SPM,dan saya telah ada pengalaman.antara subjek asas seorang pelajar SPM adalah matematik moden,matematik tambahan,kimia,fizik,biologi,english for science n technology,english 1119,bahasa melayu,sejarah dan pendidikan islam.daripada kesemua subjek ini hanya 3 subjek sahaja yang diajar dalam bahasa melayu iaitu bahasa melayu,sejarah dan pendidikan islam.jadi saya ingin bertanya,dimanakah peranan bahasa melayu sebagai bahasa utama ilmu???
saya ingin membuat pendedahan di sini bahawa,sehingga sekarang PSSMI ini diajar dalam dwibahasa.dan ramai pelajar2 sekolah luar bandar memilih untuk memjawab dalam bahasa melayu.adakah program PPSMI ini boleh dikatakan berjaya sepenuhnya dari segi pelaksanaan???kita harus ingat,orang melayu jatuh disebabkan jahil dalam bahasa sendiri bukan tidak tahu berbahasa asing.lihat negara jepun umpamanya.

akhir kata,saya ingin menyatakan di sini bahawa,hanya bahasa melayu yang menyatukan bangsa.bukan bahasa inggeris yang menyatukan bangsa.adakah saudara saudari sudah lupa akan sejarah kesultanan melayu melaka suatu masa dahulu???berani saya jelaskan bahawa ketamadunan kesultanan melayu melaka yang berwibawa sehingga menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia ketika itu(dikenali sebagai bahasa lingua franca).adalah menjadi kesusahan yang teramat besar kepada para pedagang ketika itu yang singgah di perlabuhan melaka sekiranya tidak tahu dan jahil berbahasa melayu.justeru,itulah perana DBP sekarang,ingin mengembalikan kegemilangan itu.nampak mustahil tetapi biarlah ia dijadikan sebagai menyuntik semangat generasi baru bahawa seriusnya pihak DBP memperjuangkan bahasa melayu.

terimalah serangkap pantun:


bahasa negara bahasa melayu,
menyatukan kita bersama-sama,
cina india melayu kita bersatu
membawa malaysia mercu jaya

bahasa melayu,bahasa malaysia

disediakan oleh
Airul Anuar


Comments:
Terima kasih yang tidak terhingga....rupanya ramai gak keluarga kite yang jadi cikgu....
 
memang ramai.
 
keluarga kita ni keluarga guru..kak ita pung lecturer..kira guru la tu kan....semua anak perempuan mama guru..menantu perempuan mama guru.sorang tu lecturer nursing kat kolej...dua orang menantu lelaki juga guru..abah pun guru.....doktor baru nak masuk dua..hehehehe
 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]