Wednesday, May 27, 2009

maksimum 10 subjek.terlalu awal dan terburu2...

berita harian online 28 mei 2009
NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

isu had maksimum pengambilan subjek SPM ini sudah lama bermain di mulut masyarakat.Tetapi isu ini tidaklah sehebat isu PPSMI yang mana sehingga mencetuskan banyak kontroversi yang melibatkan banyak tokoh-tokoh akademik,politik, serta para sasterawan yang memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa utama ilmu.

Nur Amalina Che Bakri telah memberi suatu kejutan kepada Malaysia pada tahun 2005 apabila berjaya memperoleh 17A1 dalam SPM.kejayaan itu dianggap luar biasa.
Kejayaan beliau seolah-olah mencetus satu revolusi dan cabaran kepada calon-calon SPM pada tahun berikutnya untuk mengambil subjek lebih dari apa yang diajar di sekolah.
Kejayaan fatimah mokhtar yang berasal dari sekolah agama kerajaan negeri kelantan pada tahun 2007 yang berjaya memperoleh 18A telah dicemburui banyak pihak luar sekali gus telah menaikkan nama sekolah milik kerajaan negeri kelantan di peringkat kebangsaan padahal sebelum ini sudah banyak kejayaan yang ditempa oleh sekolah kerajaan negeri kelantan tidak disiarkan.

Pada tahun 2008 pula,Azali Azlan yang berasal dari sekolah menengah keba-agama Yan Kedah telah berjaya memperoleh 21A.kejayaan yang luar biasa ini telah mengejutkan ramai pihak.

Terbaru,Nik Nur Madihah yang berasal dari sekolah agama kerajaan negeri kelatan mencatatkan keputusan 20A sekali gus membawa gelaran pelajar terbaik SPM untuk tahun ini.kejayaan nik nur madihah ini telah memberi semangat dan telah membuka banyak mata pihak bahawa pelajar yang berasal dari keluarga nelayan juga mampu membawa kejayaan yang luar biasa.

Ironinya,kejayaan mereka ini tidak disambut baik oleh pihak kementerian pelajaran.buktinya,hari ini,kementerian pelajaran telah mengehadkan pengambilan maksimum subjek SPM hanya sebanyak 10 subjek.

terus terang saya katakan,saya kurang bersetuju dengan had maksimum sebanyak 10 subjek ini.keputusan ini tidak adil kepada sekolah-sekolah menengah agama dan mahaad muhammadi serta sekolah intergrasi terutama pelajar-pelajar aliran sains agama.

antara subjek wajib bagi pelajar aliran agama adalah:
1-bahasa melayu
2-bahasa inggeris
3-fizik
4-kimia
5-biology
6-sejarah
7-pendidikan Quran dan As sunnah
8-pendidikan syariah islamiah
9-matematik moden
10-matematik tambahan
11-bahasa arab tinggi
12-EST(tidak ditekankan)

di atas adalah senarai wajib mata pelajaran bagi pelajar-pelajar aliran sains di sekolah Mahaad Muhammadi,sekolah menengah agama,SMKA dan sekolah intergrasi.jadi,berdasarkan kepada peraturan baru kementerian pelajaran hari ini,apakah subjek yang perlu mereka buang dari senarai tetap???????

kenapa kementerian tidak melaksanakan dasar ini dari awal lagi.setelah melihat kejayaan-kejayaan yang luar biasa ini barulah kementerian mahu melaksanakan satu dasar.

pelaksaan dasar ini telah menutup ruang ilmu dan sedikit sebanyak telah memberi suatu tekanan sepada sekolah-sekolah beraliran agama.
akhir kata,kita lihat tahun depan...siapakah lagi yang bakal membawa kejutan dalam SPM kerana tahun ini lebih dari 48 ribu pelajar yang mengambil lebih dari 10 subjek.


Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]