Thursday, May 21, 2009

kebanjiran pelajar perubatan,bloggers islamik-peluang untuk islam.

kebanjiran pelajar perubatan di mesir

Dahulu kala,sebut sahaja Mesir,pasti sinonim dengan University al-Azhar.Univeristy al-Azhar telah melahirkan ramai cendiakawan melayu islam yang terulung dan berwibawa.Ramai tokoh-tokoh ulama di Malaysia mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar,Mesir.

Dalam era pasca globalisasi ini,Mesir telah berbesar hati dengan membuka banyak kuota untuk pelajar-pelajar asing khasnya negara malaysia dalam ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan.Peluang ini harus direbut dan diguna sebaiknya.Oleh itu,kebanjiran pelajar perubatan di Mesir ini disebabkan hujan rahmat yang turun dari langit.

Rebutlah peluang ini selagi peluang itu terbuka luas untuk kita.hanya pelajar islam sahaja yang boleh melepasi syarat untuk datang belajar perubatan di mesir,tidak seperti di rusia,indonesia dan india yang kita dapat menyaksikan kebanjiran pelajar perubatan di negara tersebut.Dengan berbesar hati saya mengalu-alukan bakal-bakal pelajar yang akan menuntut perubatan di mesir tidak kira datang melalui mana-mana agen kerana ini adalah peluang dan persaingan yang sihat dalam merebut ilmu Allah.


wadah perjuangan di internet


Selagi hayat dikandung badan.tuntutlah ilmu di mana-mana sahaja asalkan ilmu yang kita tuntut itu dapat memperkukuhkan lagi institusi dan ketamadunan Islam bukan sahaja dalam skop yang kecil tapi dalam peringkat dunia juga.bukan mahu menjadi "over optimistic" tapi hakikatnya dunia sekarang sudah menjadi dunia IT yang kadang-kadang menjadi luar batas pemikiran manusia.kebanjiran blog-blog di internet,pelbagai video di you tube,laman-laman web,friendster,my space, dan banyak lagi.semua ini sudah menjadi di luar kawalan.manusia sudah mula bebas bertutur kata.manusia akan meluahkan apa sahaja yang mereka mahu.ini adalah cabaran hebat oleh para pendakwah islamiah.tidak dinafikan,terlalu banyak juga blog-blog para pendakwah moden.ini akan memberi persaingan sihat.selamat berjuang untuk para blogger ini.

oleh itu,saya menyeru kepada para blogger islamik yang tidak jemu-jemu menulis tentang mesej dakwah islamiah teruskan perjuangan dan anda semua harus memperhebatkan lagi mesej-mesej dakwah.serang blog-blog yang berjiwa karat dan yang telah merosakan agama suci Allah.sesungguhnya cabaran masa kita bukan sahaja berperang di medan perang,tetapi juga di medan internet.

cahaya datang di penjuru alam
bulan meninggi awan berarak
berjuang kita untuk islam
pena ini pena bergerak'

salam perjuangan.
salam imtihan.

Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]





<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]