Thursday, May 14, 2009
islam asas perpaduan

bharu bandaraya islam


tujuan pena ini dikarang bukanlah untuk memberi nasihat,tetapi hanya sekadar untuk mengisi kekosongan "post" di blog ini.banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan mei ini.terbaru,peristiwa 7 mei.pertama kali dalam sejarah Dewan Undangan Negeri di malaysia telah berlaku sesuatu di luar jangkaan.mungkin semua orang sudah tahu akan hal ini.
Isu hukum hudud sudah lama menjadi bualan mulut masyarakat islam di malaysia.pada pendapat saya,jika hukum hudud ini dilaksanakan sekali sahaja,sudah cukup untuk mengerikan masyarakat umum untuk melakukan kemungkaran dan maksiat dalam jangka masa yang panjang dan berani saya katakan kesan ini mungkin dirasai sehingga 50 hingga 100 tahun.senario politik di malaysia sekarang sudah berubah,masyarakat mula mahu mendekati islam.penubuhan kelab penyokong kepada parti islam se-malaysia dengan 20 ribu penyokong bukan islam adalah suatu kejayaan kepada pemimpin ulama dalam dakwah menarik perhatian orang bukan islam kepada islam.ini salah satu contoh kejayaan dalam berdakwah.terbaru,timbalan menteri dalam negeri thailand telah menemui YAB Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz untuk mendapatkan pandangan dan nasihat secara perspektif tentang konflik di selatan thai.contoh yang baik harus ditonjol oleh masyarakat islam kerana orang bukan islam melihat islam itu pada penganutnya,bukan pada ajaran al-Quran itu sendiri.
kenapa hukum hudud tidak dilaksanakan?negara malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa,kaum dan agama.proses untuk menubuhkan kenegaraan islam itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan lebih2 lagi keadaan dunia yang tanpa sempadan ini.sudah tentu menjadi suatu cabaran khasnya buat para pemimpin islam.proses ini haruslah memakan masa dan harus senantiasa dikaji dari masa ke semasa.semasa pemerintahan parti islam semalaysia di negeri terengganu,menteri besar terengganu ketika itu serta barisan exconya sudah merangka enekmen hudud untuk dilaksakan di negeri terengganu.dan enekmen itu sudah pun diluluskan di peringkat negeri.akan tetapi,sudah termaktub dalam perlembagaan malaysia "mana-mana enekmen,peraturan dan ordinan yang bertentangan dengan perlembagaan tertinggi malaysia akan terbatal dengan sendiri".oleh itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dan mahkamah terpaksa menolaknya.
tanggungjawab sebagai seorang pelajar adalah berusaha sedaya yang mungkin untuk menuntut ilmu.apabila pulang ke negara tercinta nanti.sekurang-kurangnya biarlah kita dapat menyumbang jasa dan bakti kepada ibu bapa,keluarga,masyarakat dan negara insyaAllah
"ukhwah penjana ummah"
Airul Anuar
Subscribe to Posts [Atom]
Post a Comment