Monday, March 22, 2010

8mei EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


(masjid 4 mazhab,kaherah,Mesir)
peperiksaan akhir tahun 2 akan bermula 8mei...lebih kurang sebulan dari sekarang...
banyak yang perlu dimuatkan dalam kotak2 minda.Namun,dengan kudrat dan waktu yang singkat ini,aku mengharapkan sesuatu yang baik dihadapan...
Doa,restu dari kedua ibu bapa dan keluarga sangat2 penting.
aku tidak minta apa2,aku mahu doa dari mama,abah,dan semua adik bradik,anak2 saudara semualah.doa2 agar diberikan keyakinan,ketelitian,ketenangan jiwa,kesihatan,ketajaman akal fikiran,kuat ingatan.
renungan:
“Datang ke Mesir umpama berada di sisi sungai Nil dan menceduk segelas air. Jika jernih seribu umat akan mendapat faedahnya dan jika keruh seribu umat akan mendapat mudaratnya..”
(JPMK.info;petikan info mesir)

Monday, March 15, 2010

cash 8000USD,bukan 8 genih...








pertama sekali saya ingin menasihatkan kepada rakan2 agar menghentikan segera pengeluaran cash 8000usd untuk pembayaran yuran.Pengalaman saya mengeluarkan wang cash 8000usd bersamaan hampir RM 27000 adalah perkara yang tidak wajar sebenarnya.Tidak pernah saya dengar bank yang tidak boleh buat bank draf melainkan bank NSGB zagazig.

proses transfer duit yang sepatutnya 3 hari menjadi lebih 3 minggu.wang lebihan yang sepatutnya lebih RM 2000 menjadi RM seribu lebih sahaja.masa nak bayar di bank universiti dikenakan caj 88 genih.keselamatan tidak terjamin,risiko berdepan dengan perompak-perompak jalanan.proses yang meletihkan dengan karenah-karenah kerani arab.


kalau saya,tahun depan saya akan transfer duit itu di bank malaysia,dan buat bank draf di malaysia.atau pun terus bayar ke akaun universiti seperti sedia maklum.sepatutnya perkara2 seperti ini harus diberi taklimat oleh pihak pentadbiran universiti.pihak universiti perlu memberi special treatment kerana kita foreign student.proses pembayaran yuran juga harus diselaraskan dipermudah.Apa guna malaysian student affair sekiranya masalah2 pembayaran yuran,masalah penempatan pelajar,kemudahan pelajar di universiti senantiasa mendapat kesulitannya...


Friday, March 12, 2010

Exam,buku berlambak atas meja,sapo nok baco?




Ni gambar aku masa kecik,guano?comel dop?samo dop nge loni?loni comel lg ko?muahaha
aduh,banyak nak study nihhh,boleh tolong bacakan?boleh tolong study?boleh tolong buat keje aku?ahahaha..mana boleh,sendiri kene bikin kan...
sebenarnya akhirnya2 ni ada yang kurang jelas berlaku...tp tak po,anak ma nge abah meme kuat semangat sokmo walaupun dlm keadaan penuh kesabaran...
ambil kesempatan nak ucap selamat hari lahir kepada mana2 yg lahir bulan 3....
mmmm...busy doh loni...meme tak update blog doh kot....lepas2 exam final la plop...
nanti lepas exam final kito edit post blog banyok,biar pedah-pedah skit,biar sakit mato hok baco tuh..
rindu ko satay,ABC,ayam percik,ayam bakar,sambal tempoyak,sambal ikan masin hok abah buat tuuuuu...kepok lekor,tempe sambal kicap....cencaluk...apam balik kecik2 yg rangup tu...kuew tiuw goreng..nasi goreng kerabu......
...wasalam....
salam dari kejauhan

Sunday, March 7, 2010

Selesai bayar yuran untuk sesi 2009/2010 dan exam final tinggal lagi 60 hari

Bermula dari laman web esila JPA sehinggalah serah resit merah di Syuun Tulabb...


kronologi-kronologi diari:

20/7/2009: keputusan exam final sesi 2008/2009,dan berangkat ke Malaysia

awal Ogos 2009: Isi permohonan esila JPA

akhir Ogos 2009: serah dokumen permohonan di pejabat JPA putrajaya,pergi ke pejabat Mara kuala lumpur

awal Oktober 2009: pulang ke Mesir

november/Disember 2009: semakan JPA

awal disember:ke kaherah untuk buka akaun HSBC(tidak berjaya)

16/12/2009: pergi buat medical checkup di hospital taisir

22/12/2009: pergi buka akaun NSGB zagazig

4/3/2010: duit JPA ada dalam akaun,keluar cash tunai 8000USD

7/3/2010(ahad):

-pagi2 terus ke syuun tulabb(hal ehwal pelajar/bawah malaysia student affair)ambil surat pembayaran
-pergi ke pejabat pembayaran/resit di bangunan exam tingkat 3 ambil surat untuk bayar cash 8000USD di bank misr dalam university
(salinan passport 3 salinan surat 4)
-ke bank untuk bayar,buat bank "draf"
-pergi semula ke pejabat di bangunan exam bagi bank draft dan ambil resit warna merah
-pergi semula ke syuun tulab serah resit merah...Selesai....

8/3/2010: seminar kecemerlangan-kalau penat nak balik terus tgh hari tu,boring...

9/3/2010:mungkin ke jawazat,buat visa(visa tamat bulan 4)

p/s:kalau boleh malas nak serabutkan kepala dengan perkara2 remeh,exam 60 hari lg....

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]