Wednesday, February 17, 2010

Siri Jelajah Mesir(Fayoum Desert National Park-waterfall,Arabian Night and Nile River Night View on the boat)

Semasa cuti final tahun lepas,sambil menunggu mama aku masak nasi ayam bakar goreng,aku khusyuk mencari-cari gambar Wadi Rayan dalam Google Earth.Wadi Rayan yang terletak di Fayoum Oasis,Mesir kononnya adalah satu-satunya air terjun yang ada di Mesir.Bagi aku,tidaklah menarik sangat.Mungkin sudah terbiasa dengan kemegahan air terjun dan hutan lipur di Malaysia.Tapi bagi orang Arab Mesir yang datang ke sini,mungkin bagi mereka sesuatu yang luar biasa,di tengah2 padang pasir yang gersang ada sebuah air terjun yang mengalir tanpa henti ke sebuah tasik yg tidak begitu dalam.

Semasa dalam perjalanan ke Wadi Rayan,sempat melihat Tasik Qorun,memang besarlah,biru tasiknya,kelihatan banyak resort-resort di situ.Kiri kanan bahu jalan hanya kawasan penanaman.Mungkin sumber air yang bagus di fayoum.Rindu aku pada Malaysia yang begitu indah dengan flora faunanya.

Selepas puas ambil gambar ke sana ke mari di Wadi Rayan,kami terus berangkat ke Arabian Night Club,tidak berapa menarik di situ,cuma,kalau sesiapa yang ingin menunggang kuda atau unta sambil ronda padang pasir melihat matahari terbenam dan menangkap gambar sebagai kenangan,silakan!!!

Lepas makan roti cicah madu yang menyebabkan gigi aku sakit,kami terus berangkat ke Cairo,naik bot selama sejam,pusing-pusing tempat sama.Pasang lagu orang putih,sakit telinga mendengar.Tapi ada sahaja yang melayan,mungkin sebab seronok atau terlalu lapar.Tapi indah pemandangan Sungai Nil (sungai terpanjang di dunia) tengah-tengah bandar Cairo tu waktu malam.

Rindu sungguh akan Malaysia.Rindu mahu pulang kalau diberi kesempatan sedemikian...

salam rindu sayang dari anakmu,
nUar...


















































a




























SEkitar Wadi Rayan,Fayoum


















































































ini dewan Seribu Satu Malam.nampak dia tulis?dalam bahasa arab la dia tulis...huhu











unta kat belakang tu...


















Wahai kuda,aku takut nak tunggang...














































































Pemandangan atas bot,Sungai Nil,Kaherah


































Siri Jelajah Mesir ( Pyramids of Giza and the legend of Pharaoh)

Kali pertama menjejakkan kaki di Kompleks Piramid Giza,aku begitu teruja.Besar,tinggi dan megah.Susunan bongkah-bongkah batu piramid yang kukuh maka tidak hairanlah piramid yang setinggi 138 meter itu berdiri kukuh sehingga ke hari ini.
Aku sempat memanjat sedikit batu piramid,aku mula terfikir,bagaimana keadaan manusia yang menjadi hamba untuk membina piramid itu yang memakan masa lebih kurang 20 tahun.
Malas untuk aku bercerita panjang di sini.Semua sudah maklum tentang sejarah dan informasi tentang piramid di Giza.Di kompleks piramid ini juga terdapat tempat kapal firaun dan juga muzium kapal firaun.

Sedikit Fakta tentang Great Pyramid of Giza:

-Tersenarai dalam senarai 7 benda ajaib di dunia

-Binaan manusia yang ke 35 tertinggi di dunia(yang pertama Burj of Dubai UAE,yang ke tujuh Menara Berkembar Petronas)


-dikenali juga sebagai the Pyramid of Khufu.
















































































































































Siri jelajah mesir akan datang:
-The Saladin Citadel of Cairo &
Masjid Empat Mazhab
-Jelajah Fayoum(the only one waterfall in Egypt and Arabian Night)








Sunday, February 14, 2010

Peralihan Musim

Panas tetapi dingin,
Penat tanpa dahaga,
Pulang tanpa duga,
Pacaran tetap dinamik,
Putaran waktu dinihari,

PERUBAHAN kian terjadi.

dan aku tetap aku...

Sunday, February 7, 2010

singkatan MBBCh? MBBS? apa beza?

Mungkin ramai yang terkeliru dengan singkatan bagi "Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery".

MBBCh adalah singkatan dari bahasa Latin-Medicinae Baccalaureus, Baccalaureus Chirurgiae.Dalam English bermaksud Medical Bachelor and Bachelor of Surgery.

MBBS pula singkatan dari English-Medical Bachelor and Bachelor of Surgery.

Antara negara/university yang menggunankan singkatan bahasa Latin MBBCh/MBChB adalah:

university of Birmingham
university of Bristol
university of Leeds
university of Liverpool
university of Manchester
university of Sheffield
university of Warwick
Chinese University of Hong Kong
National University of Ireland (University College Dublin)
Royal College of Surgeon Ireland
New Zealand medical schools, Auckland and Otago
University of Cape Town,South Africa
Wales medical schools(Cardiff University and Swansea University)
all universities in Egypt( as Alexandria,Zagazig,Cairo,)
All medical schools in Scotland (Aberdeen, Glasgow, Edinburgh and Dundee)


Antara negara/university yang menggunakan singkatan MBBS adalah:

National University of Singapore
University of Malaya,Kuala Lumpur
University of London
University of Hong Kong
All medical school in India
most Australian medical school

Selain penggunaan singkatan MBBS dan MBBch.Ada juga singkatan lain.Contohnya:

BMBch digunakan oleh University of Oxford

BM BS digunakan oleh University of Nottingham, Peninsula College of Medicine and Dentistry,and Brighton and Sussex Medical School .

MBBChir digunakan oleh University of Cambrige.


Kesimpulanya,banyak negara terutama di Eropah menggunakan bahasa Latin dalam memberi istilah singkatan ini.Apa-apa singkatan tidak penting.Contohnya,University of Southampton,England,hanya menggunakan singkatan BM,akan tetapi ia adalah singkatan dari Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery.Jadi jangan terkeliru.Asalkan,ijazah itu adalah Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery yang mendapat pengiktirafan.

anda mungkin boleh membuat rujukan di:
http://en.wikipedia.org/wiki/MBBCh

Saturday, February 6, 2010

Malaysian Food Festival,realiti atau ilusi?

Tahun lalu,pernah sekali bazaar tertutup dianjurkan di Zagazig oleh dewan mahasiswa.Aku mula berfikiran jauh,alangkah bagusnya suatu hari nanti akan diadakan sebuah bazaar yang bertaraf festival.Apabila sebut sahaja perkataan festival,sudah tentu tergambar dalam benak sanubari kita,sebuah pameran jualan yang bertaraf 4 atau 5 bintang yang turut dikunjungi orang-orang kenamaan lengkap dengan majlis perasmian penutup,pelbagai aktiviti,persembahan,lebih dari 100 gerai,pertandingan dan cabutan bertuah.





Namun,bukan itu yang aku maksudkan.Mungkin terlalu optimis dan berkhayal untuk sebuah festival yang betul-betul memberi nilai prestij yang tinggi.Tetapi,aku tetap mengimpikan festival berprestig itu akan diadakan suatu hari nanti.Apa yang aku maksudkan,sebuah mini festival tertutup yang diadakan dalam lingkungan fakulti.





Banyak objektif sebenarnya.Objektif utama adalah untuk memperkenalkan budaya dan makanan Malaysia kepada warga fakulti perubatan.Para pengungjung mestilah terdiri daripada professor,doktor,warga kerja,kaki tangan serta mahasiswa/i fakulti.Selain dapat memberikan suatu pengalaman baru kepada kita semua dalam mengurus sesuatu program yang bertaraf festival,sudah tentu mini festival ini adalah satu medium atau peluang yang baik untuk memperkenalkan kepada orang-orang arab Mesir apakah itu Malaysia.Mungkin ada segelintir mereka masih tidak mengenal Malaysia,malah mungkin ada yang tidak tahu lokasi Malaysia di peta dunia.



Malaysia amat kaya dengan pelbagai jenis makanan.Sebut sahaja satay,dari jarak 50 meter baunya sungguh menyelerakan.Penggunaan serai,halia,kicap,bawang putih,tumisan,rempah ratus,lada sulah,lada hitam yang menyebabkan makanan asia lebih ada rasa.Kuih-muih serta manisan yang beraneka jenis dengan pelbagai rupa,warna dan bentuk pasti memikat para pengunjung.



Mungkin orang-orang arab Mesir belom tahu fakta tentang bahasa Malaysia.Lebih dari 2000 perkataan dalam bahasa Melayu adalah bahasa Arab.Contoh mudah:badan,sabar,jasmani,roh,ilmu,arif.Banyaklah jika dihitung satu persatu.Kebudayaan dan adat istiadat orang Melayu jga harus diperkenalkan.Cara kita menyambut sesuatu perayaan,contohnya,Hari Raya,makanan di pagi raya,biskut-biskut dan kuih muih.Selain memperagakan baju-baju orang-orang melayu.Mungkin juga para petugas festival perlu memakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan.Dan kita sebagai orang Malaysia yang berada di tempat asing,haruslah menunjukkan etika-etika dan adab-adab yang sopan di tempat awam.Bak kata pepatah "kerana nila setitik,rosak susu sebelanga".Selaras dengan konsep rukun negara,peruntukan undang-undang,akta-akta dan perlembagaan persekutuan Malaysia.


Tempat-tempat menarik dan pusat-pusat pelancongan di Malaysia juga mungkin boleh dipamerkan melalui skrin besar LCD.Tanah tinggi Cameroon yang mengekalkan suhu 18 celcius dengan penanaman teh,strawberi;Taman-taman Negara,hutan lipur,air terjun,pulau-pulau,pantai-pantai serta keindahaan bandaraya-bandaraya besar seperti Kuala Lumpur yang menyaksikan banyak pembangunan dan pencapaian diperingkat antarabangsa,misalnya menara berkembar petronas,menara berkembar tertinggi di dunia.

Kholasatul Qoul,keikhlasan dalam sesuatu perkara adalah amat mustahak.Cinta akan tanah air,cinta akan agama.Semangat patriotik dan bersama-sama menjaga kesucian agama.


Thursday, February 4, 2010

kita dan Blog

Pada awal tahun 2008,waktu pagi,aku duduk di depan televisyen sambil makan roti goreng yang aku sediakan sendiri,khusyuk aku menonton sebuah rancangan televisyen yang bertajuk:cara-cara membuat blog.Dan pada waktu itu aku rasa,masih ramai orang yang tidak tahu apakah blog.Buktinya,waktu rancangan itu bersiaran,ada orang membuat panggilan telefon lalu bertanya "kalau saya nak buat blog,kena pasang internet kah?".Lucu aku mendengarnya,walaupun aku sendiri kurang faham apa itu blog saat itu.Aku masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh orang yang memberi penerangan tentang cara-cara membuat blog " Nak buat blog senang saja,anak saya yang kecil di rumah pun sudah memiliki blog sendiri.Kelebihannya,sekarang anak-anak sudah tidak menyimpan maklumat dalam diari,tapi meluahkan kepada dunia."



Meluahkan kepada dunia.Itu sungguh menarik.Terbayang di kotak mindaku tentang frasa dunia tanpa sempadan.Waktu itu,aku sudah terfikir baik dan buruk natijah dari penggunaan blog ini.Semua orang memang tidak boleh menafikan keuntungan,manfaat dan kebaikan yang diperoleh dari blog.



Hari bersilih ganti,malam berganti hari,penggunaan blog sudah meluas,dari anak kecil sehinggalah orang-orang tua.Manusia masing-masing mula kreatif dalam berkarya serta berani menulis dan bercerita.Seolah-olah konsep demokrasi disinonimkan dengan dunia tanpa sempadan.Aku amat bersetuju dan akan senantiasa menyokong tanpa henti blog-blog yang membawa unsur-unsur kekeluargaan,kemasyarakatan,keinsafaan,kesedaran,moral dan agama.
Blog-blog yang membawa unsur-unsur positif dalam kalangan masyarakat amatlah perlu diberi perhatian dan galakan sihat.



Namum hakikatnya,bukan semua manusia ada rasa tanggungjawab.Blog yang mengandungi elemen-elemen kekeliruan,permusuhan,fitnah,buruk sangka,maksiat,perpecahan serta provokasi harus diambil perhatian khusus.Segelintir manusia ini seolah-olah membelakangkan undang-undang.Sikap serius kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia telah dizahirkan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Peruntukan undang-undang ini merupakan usaha campur tangan kerajaan dalam mengawal gejala-gejala tidak sihat dalam dunia internet.Langkah-langkah ini harus dipuji.



Mutakhir ini,lebih ramai wartawan dari wartawan,lebih ramai pemberita dari pemberita,lebih ramai novalis dari novelis dari novelis.Dunia dihujung jari.Hanya tinggal taip sahaja,dan tekan satu butang khusus,segala apa yang ingin disampaikan akan terus tersebar ke seluruh dunia.Setiap manusia perlu ada keikhlasan dalam sesuatu penulisan.Sekiranya ingin menulis hanya untuk kepentingan diri,atau ingin meluahkan apa yang terpendam sehinggakan orang lain menjadi korban ini adalah sesuatu yang amat tidak molek.Malah dewasa ini,ada yang sanggup menghina orang lain,mengkritik tanpa asas,menuduh tanpa bukti,tak kurang juga ada yang cuba ingin memperbetulkan yang lain,tapi yang lain menjadi mangsa.Pada hemat saya,cara ini tidak betol dan telah melanggar etika,peraturan,norma-norma masyarakat serta undang-undang malah tidak menghormati Rukun Negara Ke-5:Kesopanan dan Kesusilaan.Ajaran Islam juga amat menitikberatkan kesejahteraan dan keamanan sejagat.Segala kacau-bilau yang sengaja dicipta adalah perkara yang biadap dan tidak bertamadun serta bertentangan dengan naluri waras dan akal sihat.

Menulis blog dalam keadaan emosi yang tidak stabil itu kurang ideal.Sekarang dunia mudah memerhatikan kita.Kita seharusnya menjaga air muka kita,menjaga air muka sahabat-sahabat kita,menjaga hak kita,menjaga hak orang lain,hidup nasihat-menasihati dengan penuh berhikmah mengikut cara-cara yang ditetapkan agama.Jika dihayati etika-etika berperang dalam Islam yang telah diajar Rasulullah,umat Islam ketika berperang dilarang keras merosakkan rumah-rumah ibadat orang bukan islam,merosakan tumbuh-tumbuhan,tidak membunuh orang tua,wanita dan kanak-kanak dan peperangan harus diakhiri dengan pendamaian sekiranya pihak musuh inginkan sedemikian.Sudah cukup jelas,Islam amat menitikberatkan perpaduan,keamanaan dan keharmonian.Seharusnya kita sedar dan membuka mata,ajaran Islam memang indah dan kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk mengzahirkan keindahan itu.Jangan disebabkan beremosi dan melayan peribadi amarah dalam blog,kita menjadi tidak tentu arah,malah ada yang terpaksa berdepan dengan undang-undang dan makkamah.Ini adalah sesuatu yang memalukan.

Konklusinya,manfaat blog banyak tak terbilang.Mudah untuk seseorang menyampaikan sesuatu dengan cepat.Bersama-samalah kita memerangi gejala-gejala yang tidak sihat dalam dunia blog agar manfaat dan faedah blog ini tidak bertukar menjadi lembah kejahatan dan perpecahan.

Monday, February 1, 2010

Doa dari kejauhan...

Ya Allah,aku berlindung di bawah naungan-Mu dari segala kesusahan dunia dan azab akhirat.
Permudahkanlah segala urusanku dan jauhilah aku dari sebarang kejahatan,fitnah,buruk sangka,sihir,jin,syaitan,bencana,musibah sama ada aku tahu atau aku tidak tahu...

Ya Allah,Engkau lindungilah dan peliharalah ibu bapaku,adik beradikku,keluargaku dari segala perkara2 yg tidak diingini dan rahmatilah mereka...

YA Allah,kurniakanlah kepadaku kekuatan iman,peliharalah ibadatku...anugerahkanlah kepadaku akal yg cerdas,ingatan yang kuat,pemikiran yg tajam,badan yg cergas dan kesihatan yg berpanjangan,lapangkanlah dadaku,tenangkanlah jiwa batinku...

berkatilah setiap ilmu yg aku pelajari,berkatilah setiap rezeki yg Engkau berikan...

Ya Allah,Engkau lembutkanlah hati manusia kepadaku,sesungguhnya aku hamba-Mu yg sangat lemah.Makbulkanlah doaku ini ya Allah agar aku berada dalam kalangan orang-orang yg berjaya(dunia n akhirat)..

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]