Saturday, June 27, 2009

Makan-makan kat BBQ,kafr zend,zagazig

aku ngan mazwan
ishak ngan amir


(27/72007)tetiba malam tu ishak online YM.so,aku nak ajak la makan BBQ,lama dah tak makan kat situ...then,die cakap.baru nak ajak aku...so,apa lagi,malam tu kita orang pergi ler makan.walaupun aku terpaksa tunggu sampai kul 11.30 malam...ahahaha....







Thursday, June 25, 2009

exam dah abes!!!!!!yeayyy!!!!!

Alhamdulilah syukur kepada Allah sangat2 sebab sepanjang exam aku dikurniakan kesihatan yg berpanjangan walaupun sekarang musim panas yang amat panas,seolah2 matahari satu jengkal dengan kepala.bersyukur juga sepanjang aku exam tiada perkara2 yg menggangguku di dewan exam.syukur juga sepanjang exam tidak kira exam praktikal,exam bertulis mahupun exam oral aku hatiku tenang sekali,tiada gementar,walaupun ada cuma sedikit tapi terkawal.ini semua berkat doa2 abah,mama dan semua ahli keluarga.terima kasehhhh banyok la dehhh.
adalah menjadi suatu kepentingan bagi seorang pelajar berada dalam keadaan tenang semasa menjawab peperiksaan.alhamdulilah aku mendapat ketenangan itu.

(maaf la jika ayat aku nih skema)(memang automatatik jadi skema..hehehe)

semoga aku berada dalam golongan orang2 yang berjaya nanti.kemungkinan keputusan exam pada 18/7/2009...takut nyerrrrr...hehehehe......tapi part yang paling syok bila nak tau result exam...wahhhh,dan lebih seronok bila dapat tau kita berjaya mencapai target yg diharapkan.

20/7/2009 aku akan pulang ke Malaysia insyaAllah.tak sabar dah nak jumpe keluarga.rindu kat masakan tuuuuuuuu...

tunggu yerrrrr.....bye2





Thursday, June 18, 2009

Hanya tinggal Histology...


Aku akan bekerja keras sedaya yangg termampu dalam masa 5 hari ini untuk histology!!!

Mama,abah,kak long dan familiy,abg die dan family,kak dan family,abg kie dan family,abg mie dan family,kak ti dan family,adik syarif dan sahabat sekalian doalah kejayaan ku!!!

Tuesday, June 16, 2009

Misteri Pesawat Hilang,menjadi igaun...






1947 - Star Dust, pesawat milik penerbangan British South American hilang ketika terbang antara Buenos Aires, Argentina dan Santiago, Chile melalui Mendoza. Bangkai pesawat tidak pernah ditemui lebih 50 tahun, mencetuskan teori konspirasi dan sabotaj serta penculikan oleh makhluk asing. Bagaimanapun enjin Rolls Royce pesawat itu bersama sembilan daripada 11 mayat mangsa ditemui di kawasan glasier di banjaran Andes.


1948 - Pesawat NC16002 milik syarikat Airborne Transporter DC-3 dari San Juan, Puerto Rico sedang menghampiri Miami, Florida, apabila ia tiba-tiba hilang bersama 29 penumpang dan tiga anak kapal. Punca kehilangan tidak diketahui dan pesawat itu juga tidak pernah ditemui. Kehilangannya bagaimanapun dikaitkan dengan fenomena Bermuda Triangle.


1972 - Sebuah pesawat Uruguay membawa 40 penumpang dan lima anak kapal hilang ketika menyeberangi banjaran Andes. Tujuh puluh dua hari kemudian selepas semua penumpang dipercayai terbunuh, 16 daripada mangsa yang masih hidup berjaya ditemui. Kisah mangsa terpaksa memakan daging mayat penumpang yang mati bagi mengelak kebuluran dijadikan kisah filem berjudul Alive pada 1993.


1996 - Penerbangan TWA dari New York gagal dikesan sejurus berlepas. Tiada amaran diberikan mengenai pesawat yang terhempas itu tetapi saksi berkata mereka melihat bebola api besar di lokasi kejadian. Semua 230 penumpang terkorban.


1996 - Pesawat Mesir Flight 990 dari New York ke Kaherah menjunam ke Lautan Atlantik 96 kilometer dari pantai Amerika. Semua 217 penumpang terbunuh, tetapi punca pesawat terhempas itu masih misteri. Juruterbang pesawat itu dirakam berkata berulang kali ‘saya berserah kepada Tuhan’ sebelum terhempas. Siasatan membuat kesimpulan beliau bukan punca nahas pesawat itu.


2007 - Pesawat milik syarikat Adam Air Penerbangan 574 yang dalam penerbangan ke Manado dari Surabaya hilang di pesisir pantai barat. Walaupun kotak hitam pesawat berjaya ditemui, mayat 102 penumpang pesawat gagal dikesan.

Monday, June 15, 2009

Gelaran al-Mumtaz,cita-cita kami

(FAKULTI PERUBATAN,UNIVERSITI ZAGAZIG,MESIR)
sesungguhnya sudah menjadi fitrah setiap manusia ingin berjaya dalam kehidupan sama ada duniawi atau ukhrawi.Untuk mengecapi sesebuah kejayaan itu bukanlah mudah.kita memerlukan kesabaran,ketekunan,pengorbanan,semangat juang serta keyakinan tinggi terhadap usaha yang telah kita lakukan.hubungan kita dengan Allah dan masyarakat sekeliling juga amatlah mustahak.


Bagi ana,tahun pertama adalah tahun pengenalan.untuk mendapatkan gelaran al-Mumtaz pada tahun ini sebenarnya adalah menjadi cita-cita namun segala-segalanya akan ditentukan oleh-NYA.ana tidak target mumtaz kerana ana anggap tahun ini tahun pengenalan,akan tetapi tidak bermakna usaha itu turun ke tahap minimum.perjuangan masih panjang.ana akan teruskan.pahit mampu ditelan,panas mampu ditahan,takut mampu diatasi insyaAllah.


Dengan bantuan doa ibu bapa keluarga dan sahabat sekalian,amatlah berguna di dewan peperiksaan kerana kita tidak sedar,ketenangan dalam peperiksaan adalah anugerah yang berharga oleh Allah kepada kita.Semoga allah mempermudahkan segala urusan kita.


InsyaAllah,ana akan target mumtaz tahun hadapan...bergantung kepada usaha nasib dan rezeki...

Friday, June 5, 2009

lagi-lagi panorama Zagazig University

















Tuesday, June 2, 2009

Panorama ZagaziG University
















dari kiri,ishaq,hazim,aku,nasrullah

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]