Wednesday, May 27, 2009

maksimum 10 subjek.terlalu awal dan terburu2...

berita harian online 28 mei 2009
NILAI: Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

isu had maksimum pengambilan subjek SPM ini sudah lama bermain di mulut masyarakat.Tetapi isu ini tidaklah sehebat isu PPSMI yang mana sehingga mencetuskan banyak kontroversi yang melibatkan banyak tokoh-tokoh akademik,politik, serta para sasterawan yang memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa utama ilmu.

Nur Amalina Che Bakri telah memberi suatu kejutan kepada Malaysia pada tahun 2005 apabila berjaya memperoleh 17A1 dalam SPM.kejayaan itu dianggap luar biasa.
Kejayaan beliau seolah-olah mencetus satu revolusi dan cabaran kepada calon-calon SPM pada tahun berikutnya untuk mengambil subjek lebih dari apa yang diajar di sekolah.
Kejayaan fatimah mokhtar yang berasal dari sekolah agama kerajaan negeri kelantan pada tahun 2007 yang berjaya memperoleh 18A telah dicemburui banyak pihak luar sekali gus telah menaikkan nama sekolah milik kerajaan negeri kelantan di peringkat kebangsaan padahal sebelum ini sudah banyak kejayaan yang ditempa oleh sekolah kerajaan negeri kelantan tidak disiarkan.

Pada tahun 2008 pula,Azali Azlan yang berasal dari sekolah menengah keba-agama Yan Kedah telah berjaya memperoleh 21A.kejayaan yang luar biasa ini telah mengejutkan ramai pihak.

Terbaru,Nik Nur Madihah yang berasal dari sekolah agama kerajaan negeri kelatan mencatatkan keputusan 20A sekali gus membawa gelaran pelajar terbaik SPM untuk tahun ini.kejayaan nik nur madihah ini telah memberi semangat dan telah membuka banyak mata pihak bahawa pelajar yang berasal dari keluarga nelayan juga mampu membawa kejayaan yang luar biasa.

Ironinya,kejayaan mereka ini tidak disambut baik oleh pihak kementerian pelajaran.buktinya,hari ini,kementerian pelajaran telah mengehadkan pengambilan maksimum subjek SPM hanya sebanyak 10 subjek.

terus terang saya katakan,saya kurang bersetuju dengan had maksimum sebanyak 10 subjek ini.keputusan ini tidak adil kepada sekolah-sekolah menengah agama dan mahaad muhammadi serta sekolah intergrasi terutama pelajar-pelajar aliran sains agama.

antara subjek wajib bagi pelajar aliran agama adalah:
1-bahasa melayu
2-bahasa inggeris
3-fizik
4-kimia
5-biology
6-sejarah
7-pendidikan Quran dan As sunnah
8-pendidikan syariah islamiah
9-matematik moden
10-matematik tambahan
11-bahasa arab tinggi
12-EST(tidak ditekankan)

di atas adalah senarai wajib mata pelajaran bagi pelajar-pelajar aliran sains di sekolah Mahaad Muhammadi,sekolah menengah agama,SMKA dan sekolah intergrasi.jadi,berdasarkan kepada peraturan baru kementerian pelajaran hari ini,apakah subjek yang perlu mereka buang dari senarai tetap???????

kenapa kementerian tidak melaksanakan dasar ini dari awal lagi.setelah melihat kejayaan-kejayaan yang luar biasa ini barulah kementerian mahu melaksanakan satu dasar.

pelaksaan dasar ini telah menutup ruang ilmu dan sedikit sebanyak telah memberi suatu tekanan sepada sekolah-sekolah beraliran agama.
akhir kata,kita lihat tahun depan...siapakah lagi yang bakal membawa kejutan dalam SPM kerana tahun ini lebih dari 48 ribu pelajar yang mengambil lebih dari 10 subjek.


Monday, May 25, 2009

kisah biochem dan oral anatomy


alhamdulilah semua exam praktikal dah lepas,exam anatomy written dan oral pun dah lepas.maknanya semua buku anatomy dah boleh bungkus cantik2 la ek....hehehehe

elergik dah tengok buku anatomy buat masa nieh...tapi,manusia ni ada macam2 perangai..mungkin ada yang masih study anatomy lagi konon2 nyer takut lupa..nak ulang2 sampai ingat..ahahahaha....tapi,ada ker orang macam tu?(mula la tu aku nak mengarut)

senang giler soklan yang doktor tanya tadi.rezeki dan nasib Allah bagi.semua aturan Allah.cuma bagi aku,setiap exam,aku kene betul2 prepare.macam orang lain jugak la...tapi aku tengok orang lain hebat belajar...aku macam nih la....biasa2 jer....terus terang aku hanya beri 55% sahaja usaha untuk exam final nih.masih belom tahap yang aku inginkan.55% usaha yang aku luahkan ni akan aku guna sebaiknyer kerana kekuatan 55% ni boleh tahan.....ermmmm....

Hari yang panas.lepas oral tadi,aku pergi la jumpe head department biochem,ismail neggar(eja macam ni kot nama dier)...tunggu punya la lama dekat sejam..pastu jumpe dier nak tanya apa yang perlu study.....pastu dier cakap tak terlintas lagi dalam kepala dier soklan apa yang akan masuk....pastu rela plak tunggu doktor Amal dekat sejam.pastu dier cakap tak tahu sangat...huhuhuhhuhu......susah gak nak tau soklan2 nih...hehehehehe.......

korang la plak tolong tanya k!!!!..hehehehehe...

sebab biochem ni mcm banyak gak

pastu lapar sangat perut,tak makan dari pagi tadi lagi...so singgah la kat kedai makan..makan nasi ayam bakar sket.....sebelom tunggu makanan tu aku tertengok seorang mak cik dengan anak.ermmmm,mereka jalan kat tepi sungai,pastu berhenti.mak cik tu suruh anak dier call seseorang pakai hanset.



now aku duk ngadap laptop duk tulis blog aku nih....aku anggap mcm catatan aku di bumi mesir la....diary...oppppsssss...sensetip sebut diary nih...pelik la...sebelom wujud nyer blog or anything like this,orang tulis catatan harian or nak meluahkan apa2 kat diary....diary tu siap berkunci lagi tak bagi orang baca..tapi aku tak laaaa.ahahahahahahahaha...tapi sekarang...mcm2 lah kat blog...


lega la..setakat ni kalau orang tanya aku,how bout ur exam?yeah,juz okay.


ermmmm..apa lagi ek aku nak tulis untuk catatan hari nih...oh yer,aku ngan kerol memang sekepala,suka buat lawak.sampai nak pecah perut.ahahahahahahahaaha..ada2 jer cerita lawak spontan yang kami buat.....ketawa punya ketawa sampai kami hampir terlupa biokimia,physiology dan histology sedang melambai-lambai kami dihadapan dengan penuh harapan.tiba2 kelihatan Prof Dr Ismail Neggar masuk ke dalam bilik dier...kami masuk..dan kami tahu,kami faham,banyak lagi perjuangan yang perlu kami tempohi....salam perantaun,salam dari benua afrika utara......



Sunday, May 24, 2009

gambar



Saturday, May 23, 2009

hari ni hari jadi mama ku...23 mei

selamat hari lahir kepada ibuku,Puan Hajah Hanisah Abdullah

sekalung rantai aku sarungkan,
rantai dibuat dari bunga,
itu sahaja aku berikan,
tanda kasihku abadi selamanya.

wanita terbaik dalam hidupku,adalah ibuku.tiada siapa dapat menandinginya.
dan aku sayang kepada 3 orang kakakku.
Puan Zalina
Puan Zakiah
Puan Norhayati
mereka juga ibarat ibuku.selamat hari ibu dan selamat hari guru.

Thursday, May 21, 2009

kebanjiran pelajar perubatan,bloggers islamik-peluang untuk islam.

kebanjiran pelajar perubatan di mesir

Dahulu kala,sebut sahaja Mesir,pasti sinonim dengan University al-Azhar.Univeristy al-Azhar telah melahirkan ramai cendiakawan melayu islam yang terulung dan berwibawa.Ramai tokoh-tokoh ulama di Malaysia mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar,Mesir.

Dalam era pasca globalisasi ini,Mesir telah berbesar hati dengan membuka banyak kuota untuk pelajar-pelajar asing khasnya negara malaysia dalam ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan.Peluang ini harus direbut dan diguna sebaiknya.Oleh itu,kebanjiran pelajar perubatan di Mesir ini disebabkan hujan rahmat yang turun dari langit.

Rebutlah peluang ini selagi peluang itu terbuka luas untuk kita.hanya pelajar islam sahaja yang boleh melepasi syarat untuk datang belajar perubatan di mesir,tidak seperti di rusia,indonesia dan india yang kita dapat menyaksikan kebanjiran pelajar perubatan di negara tersebut.Dengan berbesar hati saya mengalu-alukan bakal-bakal pelajar yang akan menuntut perubatan di mesir tidak kira datang melalui mana-mana agen kerana ini adalah peluang dan persaingan yang sihat dalam merebut ilmu Allah.


wadah perjuangan di internet


Selagi hayat dikandung badan.tuntutlah ilmu di mana-mana sahaja asalkan ilmu yang kita tuntut itu dapat memperkukuhkan lagi institusi dan ketamadunan Islam bukan sahaja dalam skop yang kecil tapi dalam peringkat dunia juga.bukan mahu menjadi "over optimistic" tapi hakikatnya dunia sekarang sudah menjadi dunia IT yang kadang-kadang menjadi luar batas pemikiran manusia.kebanjiran blog-blog di internet,pelbagai video di you tube,laman-laman web,friendster,my space, dan banyak lagi.semua ini sudah menjadi di luar kawalan.manusia sudah mula bebas bertutur kata.manusia akan meluahkan apa sahaja yang mereka mahu.ini adalah cabaran hebat oleh para pendakwah islamiah.tidak dinafikan,terlalu banyak juga blog-blog para pendakwah moden.ini akan memberi persaingan sihat.selamat berjuang untuk para blogger ini.

oleh itu,saya menyeru kepada para blogger islamik yang tidak jemu-jemu menulis tentang mesej dakwah islamiah teruskan perjuangan dan anda semua harus memperhebatkan lagi mesej-mesej dakwah.serang blog-blog yang berjiwa karat dan yang telah merosakan agama suci Allah.sesungguhnya cabaran masa kita bukan sahaja berperang di medan perang,tetapi juga di medan internet.

cahaya datang di penjuru alam
bulan meninggi awan berarak
berjuang kita untuk islam
pena ini pena bergerak'

salam perjuangan.
salam imtihan.

Friday, May 15, 2009

SElamat HAri Guru.(Guru Pembina Negara Bangsa)

tanggal 16 mei adalah suatu tanggal keramat.16 mei adalah tarikh yang cukup bermakna untuk seorang insan yang bergelar seorang guru atau seorang pendidik tidak kiralah sama ada di sekolah tadika,di sekolah rendah dan menengah mahupun di kolej dan universiti.

di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia.

selamat hari guru juga kepada:
Tuan Haji Ustaz Abdullah Yusuff(ayah saya)
Ustaz Haji Hazli(abang ipar sulong saya)
Cikgu Puan Zalina(kakak sulong saya)
Cikgu Mahmood(abang ipar kedua saya)
Cikgu Puan Nor Zakiah(kakak saya yang ke dua)
Cikgu Puan Johasnizal(kakak ipar saya yang ke dua)
Puan Rohaita(kakak ipar saya yang ketiga)
Cikgu Puan Norhayati Munirah(kakak saya yg ke tiga)

selamat hari guru.jasa-jasa guru amaatlah besar sekali.

MANSuhkan PPSMI,One malaysia...

"Guru Pembina Negara Bangsa".itulah tema keramat bagi sambutan hari guru pada tahun ini.tema pendek ini hanya akan menjadi sia-sia sekiranya tidak dihayati oleh masyarakat umum.tema yang ringkas tetapi membawa sejuta tafsiran dan jika mahu diulas tentang tema ini sudah tentu memakan masa yang panjang.tujuan saya menaip pena di sini bukanlah untuk bermadah tetapi mahu berkongsi pendapat tentang istilah negara bangsa.

Negara malaysia sungguh unik kerana mempunyai pelbagai kaum dan etnik.sudah tentu menjadi cabaran buat pemimpin negara kita tercinta.sudah tentu bukan mudah untuk merealisasikan slogan baru yang dibawa oleh PM tercinta kita "One Malaysia".

dalam pelaksanaan program atau apa-apa sahaja untuk menyatukan dan mengukuhkan negara bangsa ini,seharusnya kita bertanya kepada diri sendiri,apakah cara yang paling baik,berkesan dan berwibawa yang boleh menyatukan semua kaum dan etnik di malaysia?
saya jawab "bahasa,bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu atau bahasa Malaysia"
saya ingin tekankan di sini bahawa,hanya bahasa malaysia(bahasa melayu) yang boleh menyatukan rakyat malaysia pada asasnya.adakah saudara saudari tahu dan sedar apakah peranan utama Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)???peranan DBP adalah untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia.

Sasterawan Negara,Dato' A Samad Said merupakan tokoh sastera yang hebat dan disegani di malaysia.semasa saya di tingkatan satu,saya ada belajar sebuah cerita pendek dalam sastera inggeris yang bertajuk "the pencil" karya A samad Said.karya itu sungguh bagus dan amat memahami isi seorang pelajar.imaginasi A samad Said sungguh dalam sehingga cerita pendek itu berjaya menggambarkan suasana sebenar di zaman sekolah rendah.
Sehingga sekarang,Samad Said masih memperjuangkan bahasa ibunda tercinta,bahasa melayu.beliau sekarang menyertai dan bergerak aktif dalam gerakan pemansuhkan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris(PPSMI).beliau sanggup memulangkan balik gelaran sasterawan negara demi memperjuangkan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia selaras dengan slogan "One Malaysia".

bahasa melayu harus dijadikan bahasa ilmu yang utama.fizik,kimia,biologi,sains tulen,matematik moden,matematik tambahan kesemua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris di sekolah.
sebagai contoh.saya telah menduduki peperiksaan SPM,dan saya telah ada pengalaman.antara subjek asas seorang pelajar SPM adalah matematik moden,matematik tambahan,kimia,fizik,biologi,english for science n technology,english 1119,bahasa melayu,sejarah dan pendidikan islam.daripada kesemua subjek ini hanya 3 subjek sahaja yang diajar dalam bahasa melayu iaitu bahasa melayu,sejarah dan pendidikan islam.jadi saya ingin bertanya,dimanakah peranan bahasa melayu sebagai bahasa utama ilmu???
saya ingin membuat pendedahan di sini bahawa,sehingga sekarang PSSMI ini diajar dalam dwibahasa.dan ramai pelajar2 sekolah luar bandar memilih untuk memjawab dalam bahasa melayu.adakah program PPSMI ini boleh dikatakan berjaya sepenuhnya dari segi pelaksanaan???kita harus ingat,orang melayu jatuh disebabkan jahil dalam bahasa sendiri bukan tidak tahu berbahasa asing.lihat negara jepun umpamanya.

akhir kata,saya ingin menyatakan di sini bahawa,hanya bahasa melayu yang menyatukan bangsa.bukan bahasa inggeris yang menyatukan bangsa.adakah saudara saudari sudah lupa akan sejarah kesultanan melayu melaka suatu masa dahulu???berani saya jelaskan bahawa ketamadunan kesultanan melayu melaka yang berwibawa sehingga menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dunia ketika itu(dikenali sebagai bahasa lingua franca).adalah menjadi kesusahan yang teramat besar kepada para pedagang ketika itu yang singgah di perlabuhan melaka sekiranya tidak tahu dan jahil berbahasa melayu.justeru,itulah perana DBP sekarang,ingin mengembalikan kegemilangan itu.nampak mustahil tetapi biarlah ia dijadikan sebagai menyuntik semangat generasi baru bahawa seriusnya pihak DBP memperjuangkan bahasa melayu.

terimalah serangkap pantun:


bahasa negara bahasa melayu,
menyatukan kita bersama-sama,
cina india melayu kita bersatu
membawa malaysia mercu jaya

bahasa melayu,bahasa malaysia

disediakan oleh
Airul Anuar


Thursday, May 14, 2009

islam asas perpaduan

mercu tanda kota
bharu bandaraya islam

nik aziz berjumpa pelajar terbaik SPM negara 2008.nik nur madihah,20A















peristiwa 13 mei 1969 adalah kemuncak isu perkauman di Malaysia.Tidak semua generasi sekarang tahu akan peristawa hitam itu.biarlah peristiwa hitam itu menjadi suatu noktah kepada isu-isu perkauman dalam negara malaysia tercinta.

islam adalah asas perpaduan yang boleh menyatukan manusia tidak kira bangsa dan agama.contoh di zaman Nabi Muhammad S.A.W semasa penubuhan negara Madinah,Piagam Madinah telah ditubuhkan yang menjadi asas perlembagaan kepada negara madinah yang ketika itu juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.pentingnya Piagam Madinah ketika itu sehinggakan diiktiraf oleh para sejarawan sebagai perlembagaan bertulis pertama yang digubal di dunia.

jangan sesekali kita meletakan perjuangan bangsa sebagai matlamat kenegaraan,tetapi bawalah nama Islam terlebih dahulu kerana Islam itu tidak mengenal warna kulit.ramai yang tersilap tafsir akan hal ini,ramai yang takut bangsa melayu ditindas kaum lain,akan tetapi mereka tidak sedar,budaya barat yang dibawa melayu itu sendirilah yang menjatuhkan melayu itu sendiri.

tujuan pena ini dikarang bukanlah untuk memberi nasihat,tetapi hanya sekadar untuk mengisi kekosongan "post" di blog ini.banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan mei ini.terbaru,peristiwa 7 mei.pertama kali dalam sejarah Dewan Undangan Negeri di malaysia telah berlaku sesuatu di luar jangkaan.mungkin semua orang sudah tahu akan hal ini.

Isu hukum hudud sudah lama menjadi bualan mulut masyarakat islam di malaysia.pada pendapat saya,jika hukum hudud ini dilaksanakan sekali sahaja,sudah cukup untuk mengerikan masyarakat umum untuk melakukan kemungkaran dan maksiat dalam jangka masa yang panjang dan berani saya katakan kesan ini mungkin dirasai sehingga 50 hingga 100 tahun.senario politik di malaysia sekarang sudah berubah,masyarakat mula mahu mendekati islam.penubuhan kelab penyokong kepada parti islam se-malaysia dengan 20 ribu penyokong bukan islam adalah suatu kejayaan kepada pemimpin ulama dalam dakwah menarik perhatian orang bukan islam kepada islam.ini salah satu contoh kejayaan dalam berdakwah.terbaru,timbalan menteri dalam negeri thailand telah menemui YAB Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz untuk mendapatkan pandangan dan nasihat secara perspektif tentang konflik di selatan thai.contoh yang baik harus ditonjol oleh masyarakat islam kerana orang bukan islam melihat islam itu pada penganutnya,bukan pada ajaran al-Quran itu sendiri.






kenapa hukum hudud tidak dilaksanakan?negara malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa,kaum dan agama.proses untuk menubuhkan kenegaraan islam itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan lebih2 lagi keadaan dunia yang tanpa sempadan ini.sudah tentu menjadi suatu cabaran khasnya buat para pemimpin islam.proses ini haruslah memakan masa dan harus senantiasa dikaji dari masa ke semasa.semasa pemerintahan parti islam semalaysia di negeri terengganu,menteri besar terengganu ketika itu serta barisan exconya sudah merangka enekmen hudud untuk dilaksakan di negeri terengganu.dan enekmen itu sudah pun diluluskan di peringkat negeri.akan tetapi,sudah termaktub dalam perlembagaan malaysia "mana-mana enekmen,peraturan dan ordinan yang bertentangan dengan perlembagaan tertinggi malaysia akan terbatal dengan sendiri".oleh itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dan mahkamah terpaksa menolaknya.

tanggungjawab sebagai seorang pelajar adalah berusaha sedaya yang mungkin untuk menuntut ilmu.apabila pulang ke negara tercinta nanti.sekurang-kurangnya biarlah kita dapat menyumbang jasa dan bakti kepada ibu bapa,keluarga,masyarakat dan negara insyaAllah

"ukhwah penjana ummah"

Airul Anuar







This page is powered by Blogger. Isn't yours?

Subscribe to Posts [Atom]